Panasonic Dibuat di Malaysia Sejak 1972 — Kenapa Ia Penting
Kilang Panasonic di Shah Alam telah mengeluarkan aircond sejak 1972. Apa maksudnya untuk harga, spare part, waranti dan kesesuaian iklim.

Kilang Shah Alam dan Sejarahnya
Panasonic mula mengeluarkan peralatan elektrik di Malaysia pada 1972, dan kilang penyaman udara di Shah Alam kini merupakan salah satu hab pengeluaran terbesar syarikat itu di Asia Tenggara.
Unit yang anda pasang di rumah kemungkinan besar dipasang di Selangor, bukan diimport. Fakta itu membawa beberapa kesan praktikal yang jarang dibincangkan ketika membeli.
Kesan pada Harga
Pengeluaran tempatan bermakna tiada duti import dan kos penghantaran yang jauh lebih rendah. Itulah sebabnya siri PN boleh bermula pada RM1,089 siap pasang — satu harga yang sukar ditandingi oleh jenama yang mengimport unit siap.
Ia juga bermakna harga lebih stabil. Jenama import terdedah kepada turun naik kadar tukaran mata wang; barisan Panasonic tempatan jauh lebih terlindung daripada itu.
Spare Part dan Waranti
- Spare part biasa — PCB board, kipas dan sensor tersedia dalam beberapa hari, bukan minggu
- Tuntutan waranti — diproses dalam negara, tiada penghantaran balik ke kilang luar
- Rangkaian pengedar luas — termasuk Sabah dan Sarawak, bukan hanya Lembah Klang
- Waranti compressor 5 tahun — disokong oleh entiti tempatan
Untuk aircond yang anda jangka guna sepuluh tahun, ketersediaan spare part pada tahun kelapa lebih penting daripada perbezaan harga RM200 pada hari pertama.
Direka untuk Iklim Tropika
Unit yang dibangunkan untuk pasaran Malaysia diuji pada kelembapan dan suhu yang kita alami sebenarnya, bukan pada purata musim panas Eropah. Itu memberi kesan pada beberapa perkara konkrit:
Pelapis gegelung dipilih untuk menahan kelembapan tinggi dan, pada model tertentu, udara masin di kawasan pantai. Sistem penyaliran direka untuk beban kondensasi yang jauh lebih tinggi. Mod POWERFUL pula ditala untuk menyejukkan bilik yang sudah panas sepanjang hari — situasi biasa di rumah teres Malaysia.